Nikah!

Nikah!

Friday, 30 October 2015

... ILHANIS HONEYMOON ...MIAMI BAY, PULAU PINANG! - (final part!)


                                                                      Assalamualaikum...

               Hai semua! Okay, kali ni aku betul-betul nak habiskan kisah honeymoon kitorang kat Pulau Pinang hari tu. Aku dah tak sabar nak update travelog kami ke Pulau Tioman tu pulak. Bakal menyusul Travelog Langkawi this early december. Kang kalau aku peram entry tu lelama, aku lupa pulak setiap cerita and end up penyakit M aku bertapak. Payah... payah!

               Kan dah cakap last day kat Miami Bay kitorang nak main water blob. But tahu ape yang jadi? Jom sambung baca.

Suasana di sekitar dining hall pagi tu.

1st day kitorang datang tak dapat nak duduk dekat area tepi pool sambil breakfast.
Hari kedua/ last day kitorang kat sini. Kitorang bangun anda datang seawal mungkin, ha dapatlah port baik kat tepi ni. 

Breakfast pagi ni cetusan idea husband aku. Combination yang sedap nak mammmm aku rasa.
Memang puas hati dengan breakfast kat Hydro Hotel ni. Semuanya thorbaik! ;)

              Lepas sarapan, kitorang main pool, sebab bayar hotel memahal, tak kan aku tak celup badan kat pool dia kan? Rugi la aku. Tapi yang sedihnya... husband aku je yang dapat berenang ke sana ke mari. Aku takat duduk tepi kolam, celupkan kaki dalam kolam dengan hati yang mengdongkol marah. Tau kenapa aku tak dapat mandi? Sebab aku pakai tracksuit dengan tshirt! Grrrr!!!
Suami aku mandi pun kena bukak baju, boleh pakai seluar pendek je. Tang part ni aku memang tak puas hati lah. 

               Apa masalahnya kalau people pakai tracksuit and tshirt masuk dalam kolam? Lemas??? 
What an absurd rules! Kalau ada orang lemas, lifeguard boleh buat keje diorang. Tak adil betul bagi rules cenggini tau. Bukan semua orang ada swimsuit! Cis! Marah ni! Aku bayar untuk facility ni, Patutnya aku berhak untuk dapat what I've already paid for!

             

Ha ini la ghope pakaian yang dilarang masuk ke dalam pool. Siap kau aku beli swimsuit lepas ni! Hmph!
                Nasib baik husband aku boleh mandi, tapi before dia bukak baju tayang body, mata aku macam helang perhati keadaan sekeliling, kot-kot ada perempuan yang muda-muda kat situ. Kalau ada, memang aku tak bagi husband aku tayang body. Jealous tahu?! Aku ni kuat cemburu. Nasib baik tak ada, yang ada golongan makcik-makcik and budak-budak sahaja. 

                Ye, aku tahu la kalau ada perempuan golongan 18-30 tahun yang ada kat situ confirm-confirm tak heran kat laki aku, tapi as a wife, aku ada satu perasaan cemburu yang kuat (padahal sebelum kawin pun dah cemburu gila ni, haha). Pada aku, semua milik husband aku, aku punya, aku sorang je yang boleh tengok! Hahaha gitu...
 Disebabkan aku tak dapat mandi dalam pool, aku beralih arah ke nature ciptaan Allah! 

Ingat tak aku ada cakap one of specialty Hydro Hotel ni coz die ada private passage to the private beach? Ha camgini la ghope passage tu. 


Merajuk! Bawak diri! :(

Ko tak bagi aku main pool kan? Baik! Aku main laut lagi best!!
Lagi luas, lagi puas!! 

Cinta hati, syurga aku. ;) <3

Private Beach di Miami Bay! Bersih lautnya... jernih air die.

See? Bersih tau! 
Tenang je rasa duduk kat sini. As a kenangan, aku ngan husband berendam kat sini. Lost track of time!
Masa husband aku berenang ke tengah sikit, terus aku jerit panggil datang dekat ke tepi pantai balik.
Sebab aku ni walaupun suka tengok air laut yang bercolor-color, aku tetap ada perasaan gerun semacam dengan laut.
Coz anything can happen in a blink of an eye! You never know! So lebih baik berjaga-jaga.
Aku belum ready nak hidup sorang diri, aku nak mati dengan husband aku bersama... tu doa aku setiap kali lepas solat, sehidup sematikan kami suami isteri.

Ada pokok besar-besar yang rendang kat sini. Aku ada bawak balik sedikit pasir and shells from this beach as our kenangan. haha, sesuka hati aku je kan? Tapi aku ada mintak izin lah daripada tempat tu, yelah we never know siapa yang menghuni tempat tu, sebab dalam dunia ni bukan manusia je yang ada tapi jin/bunian/syaitan pun turut jadi penghuni sekali.



Haruslah buat tanda we was here! Hahaha, common thing yang orang akan buat kalau ke pantai.

Ilhanis Honeymoon! <3

My favourite picture!







Bercengkerama di bawah pancaran matahari,
We was here! Ambil gambar kenangan. 
              Lepas dah lepak di pool dan mandi di private beach, niat asal aku nak ke water blob terbang begitu sahaja coz tak sempat dah! kat bawah ni aku tempekkan gambar Water Blob yang sepatutnya kitorang pergi pagi ni. Gambar ni diambil semalamnya, ni je yang ada sebagai rujukan dan tatapan masa akan datang. Memang syok tengok orang main benda alah ni, tapi cuba ko tengok betul-betul lokasi permainan dia. Jauh ke tengah! Agak seram untuk orang macam aku yang takut dengan laut! Huhu

Owh Water blob... tak ada ada rezeki nak merasa main kat atas permainan tu semua, tak pe tak pe, next time kali kedua aku datang, sure aku try!


Suasana petang di pantai Tanjung bungah! Lepaking with hubby kat sini...

               Okay lepas dah mandi di laut tadi, baru teringat yang selama di Penang ni, kitorang tak pernah pergi shopping mall dia lagi. Nak gak tengok gimana rupa shopping diorang, So... berdesup kitorang naik ke bilik siap-siap, vrrroooommm ke shopping Mall. Kitorang pergi kat Gurney Mall kalau tak silap lah. Gambar tak ada. 

              Okay jugaklah Mall dia, teratur, and suddenly before balik aku spot SUBWAY, laju-laju kitorang pergi beli. Sebab masa tu kat Melaka belum ada SUBWAY lagi, aku ni memang hantu SUBWAY. Selalunya aku dpt makan SUBWAY kat KL je, beruntung kat Penang pun dapat lepas gian. Tapi subway tu aku simpan, buat stok makan dalam bas on the way balik Melaka. Muahaha.

               Lepas balik dari Mall, tergesa-gesa naik bilik semua, nak kene check out! Check out pukul 12pm, hish... awal gila! Tapi sebelum check out, harus bercamwhore!

Cengginilah lebih kurang hallway untuk ke bilik-bilik yang ada.


Bilik 1215... banyak kenangan manis dalam tu, ;)

                 Okay, jom-jom check out! Lagipun kitorang belum beli tiket bas lagi masa tu, then end up, lepas dah check out, kitorang sepakat nak masuk town again, pergi cari tiket bas. Merata cari, nak naik KKKL balik Melaka balik, tapi KKKL dah penuh. So naik city bas, bas kol 10 lebih malam. Ya ampun... masih banyak masa!

              Lepas tu kitorang pergi mana ntah, aku dah lupa. Tapi rasanya we just strolling around dengan motor one last time, owh lupa... kitorang pergi area town Tanjung bungah/ Miami Bay nak carikan nenek ngan sepupu aku punya baju as a souvenir. Terlupa plak nak carikan masa beli souvenir tu. Masa kitorang jalan-jalan cenggini, kitorang main letak je beg kat lobby hotel, yakin-yakin je sebab tau x de sape yang akan curi. Kitorang mintak orang hotel tu jagakan.
Lepas dah penat ke sana sini, kitorang balik kat lobby hotel rehat-rehat jap.

           
Muka orang yang kepenatan... Gila penat! Sampai ghope pun dah tak macam orang.

Gambar ada sikit kabur. Sorry  ye!
               Sebelum balik, kitorang gunakan papan tanda Miami Bay ni sebaik-baiknya.

Sepatutnya dalam gambar ni, aku pakai dress. Tapi sebab husband aku tengok dress aku mengembag-ngembang, dengan nak balik ke Melaka, dengan nak naik motor, maka dia berkata "tak payah pakai dress, pakai seluar." Jadi, dengan palazzo ni aku datang, dengan palazzo ni kembali aku pulang. Nasib baik aku dah sempat basuh and sidai palazo aku ni kat balcony. hehehe


Gigih husband aku panjat tembok ni. 

Sempoi! 

Nak bergambar berdua sampai nampak perkataan kat mercu tanda tu, tapi hajat tak tertunai.
Sebab masa ni monopod or tripopod tak keluar lagi... huhuhu.


Nampak separuh pun jadi lah....

Ended up, kita edit gambar macam ni, so terang jelas dua-dua nampak! hhuhu
               Lepas bercamwhore the last time, kitorang terus shoot pulangkan motor ni semula. Lupa nak ambil gambar moto, dulu dah terdetik kat hati nak amik, tapi penyakit M berleluasa sangat. 
Ini je yang ada. 
Wujudlah gambau ni... One of my favourite picture gak ni! 
              Lepas anta motor, kitorang tunggu bas kat area town Tanjung Bungah tu, naik bas sampai masuk town balik. Kitorang masih ada banyak masa, coz masa tu around 5-6pm rasanya.
Sebab dah nak balik dah, kitorang sepakat nak makan Nasi Kandar Line Clear for one last time. Makan sekali tak cukup! kang kalau mengidam nak makan bila dah sampai Melaka, tak ke haru jadinya? Bukan dekat nak pergi pun!

Sebab penat nak usung semua ni ke sana ke mari, kitorang gunakan khidmat pak cik ni.
Mula-mula macam kurang yakin, tapi sebab tengok ramai gila orang letak helmet semua, kitorang pun jadi yakin.
Maunya tak yakin 1st time tu? Tempat letak barang ni kat basement! 

Pakai khidmat pak cik beca untuk ke Line Clear! Sebab lutut aku skru dah longgar, aku tak larat nak menapak lagi.
Lagipun, aku figure out, bila lagi nak try beca yang one of the kind ni? 

               Beca jenis gini tak ada kat Melaka, sebab tu aku nak naik. Nak merasa orang kata.


Sampailah kita ke Line Clear, makan isi perut dulu.




             
Second time, bagi tekak puas jangan mengidam-ngidam lepas ni. Jauh! Dia tak de cawangan lain. 
                Lepas makan, kitorang jalan-jalan sekitar komtar dan kawasan yang sewaktu dengannya. 
Masa beli tiket tu, kira last minit gaklah, sebab banyak dah habis, nasib baik ada tiket malam. kalau tak menggagau kitorang kene cari hotel dekat-dekat situ and we dont even prepare for it at all.

                Kesudahannya, memang best trip honeymoon ke penang ni. Tapi tak cukup masa! 
3H 2M, mana nak cukup? Kitorang kejarkan benda yang tak berapa nak penting, sampai terlepas benda yang penting. Contohnya macam bukit bendera, botanical garden semua tu. Semua kitorang tak pergi. Mana nak kejaukan hotelnya, mana nak kejaukan berjalannya. Hai, tak pelah.
Tak ada rezeki kali ni. 

                Next time, of coz aku akan pergi ke Pulau Pinang ni lagi. Aku akan jelajah tempat-tempat yang aku tak sempat nak pergi masa honeymoon ni, and come up with a better and more interesting picture for you guys. So... dah sampai lah ke penghujung entry aku. 
Tunggu travelog ke Pulau Tioman yang bakal menyusul lepas ni tau!


No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought! Thank You." <3 <3