Thursday 5 November 2015

ILHANIS 1st WEDDING ANNIVERSARY! -PULAU TIOMAN-

                                                                    Assalamualaikum...
         

               Pagi-pagi ni aku excited nak update gambar dan travelog aku ke Pulau Tioman sempena sambutan 1st Wedding Anniversary aku pada 14 MAC 2015 hari tu.
Aku memang dah plan siap-siap nak ke pulau... tak nak ke bandar atau kota sebab dah selalu pergi.
Sejak membesau dengan jayanya ni, aku tak pernah lagi jejakkan kaki aku ke pulau. Dari kecik pun parents aku tak bawak pergi pulau, banyak ke kota je. Aku perlukan nature untuk menenangkan fikiran aku, bukan kesibukan kota yang menyesakkan akal dan buat aku buntu.

               Kan dah cakap aku peminat fanatik dengan air yang colourful, membiru, cantik, jernih dan sebagainya. Maka percutian ke pulau dirancang dengan berhati-hati dan penuh teliti. Huhu.
Asalnya aku nak pergi Pulau Perhentian, tapi disebabkan kekangan bajet... maka kami ke Tioman sahaja. Well dengan zaman ekonomi yang teruk ni, DUIT memang menjadi masalah utama hampir setiap masa. Kalau nak bervacation, kene mengumpul separuh mati sebab selalunya daily and monthly expenses selalu terbabas mengacau duit simpanan. Apa boleh buat, barang mahal! Perut tetap perlu diisi.

             Moreover, aku nak rasa lepaking around air yang menghijau untuk menghilangkan stress aku kat tempat keje. Keje aku ni very the stress! Aku apply cuti seminggu untuk vacation ni.
On the 12 Mac, aku siap-siap naik ke JB untuk meet up dengan husband aku kat sane. Aku amik bas pukul 8 malam, bajet sampai JB pukul 10-11 malam. Sampai kat Larkin, jumpa husband aku. Wajah masing-masing happy je... almaklumlah nak berjalan! hehehe

             Cadangnya kitorang nak overnight, tak nak tido at all sebab nak catch a bus at 7am  to Mersing esok paginya. Tapi mata ni mana tahu tahan mengantuk. At last, kitorang stroll around Larkin fikir kat mana nak tido. Kenapa tak book hotel je awal2? Sebab nak cut cost! huhu... aku rasa macam membazir je spend almost RM100 satu malam hanya untuk tido yang beberapa jam tu. Hahaha, kalau ikut kepala aku ni, selagi kita boleh menyimpan, kita simpan. Jangan bazir tak tentu arah!

             Ingat nak tidur kat surau, tapi macam tak kenalah pulak sebab dia tak benarkan tidur kat situ. Then, end up kitorang check in kat Ghazrin Budget hotel yang selalu aku tido bila aku datang JB. Kitorang just amik single room RM25 untuk satu malam, sebab kitorang check in around pukul 10-11 malam, then esok pagi kene bangun kol 5 pagi, mesti kene ada kat Larkin jam 6-7 pagi. So kira okaylah single room, berkepit berdua dengan husband atas satu tilam bujang tu. Kata PJJ kan? haha ;)

             Sorry gambar bilik yang kitorang tido tu kitorang tak amik gambar, so far Ghazrin ni okay eventhough just budget hotel tapi selesa, bersih dan puas hati. Cuma yang kurangnya, kalau siang dia agak panas dan bahang sikit if ko amik fan room. Kalau amik aircond room, memang lagi puas hatilah. So dari Ghazrin kitorang just menapak ke Larkin sebab tak jauh pun. Siap-siap tunggu bas ke Mersing, and boarding time! 

Yeay!! Excited gila! Moh ke Mersing!
                Naik bas amik masa dalam 2 jam lebih jugaklah, dalam bas kitorang tidur, celik mata, tidur, celik mata sampailah sampai ke Mersing. huhu

Touchdown ke Mersing! Huuray!! Masa Anniversary ni kalau nak compare dengan Honeymoon ke Pulau Pinang setahun yang lepas, muka aku nampak susut kan? Haha tu bukti betapa stressnya aku dengan keje sampai always sakit and mampu kurus sebegini. 

Aku je yang monopoli gambar kat mercu tanda Mersing ni, husband aku tak nak. 
               
Opps terlupa plak, ada jugak gambar kami berdua kat sini. hehee ;)

              Turun dari bas kitorang terus nampak Bluewater Ekspress punya kedai. Masa tu kitorang dah was-was nak beli tiket kat shop/agent tu, atau terus ke Jeti and beli kat sana sebab kitorang dah book tiket by phone kat sana? Sumpah, masa ni kitorang just buat ignore ngan tidak je kat agent-agent tu. Hhuhu. Sumpah aku confuse and was-was gila masa ni, tak tahu apa nak buat sebenarnya sebab aku tak pernah ke sini. Buatnya kene tipu kang, tak pasal-pasal je aku melepas boat ke Pulau Tioman. Aku sedaya upaya cuba nak amik segala-galanya dengan awal, tiket semua paling awal timingnya sebab aku nak smpai ke Pulau Tioman dengan cepat. Tak sabar nak tengok air!

               Masa diorang dok tarik-tarik aku ngan husband masuk ke dalam kedai diorang ni, aku dah pasrah dah. Aku dah cakap yang aku dah call and book tiket Bluewater Ekspress ni kat Jeti, diorang dok cakap tiket sama, syarikat yang sama semua, so tak rugi beli kat diorang. Ha, tak leh buat apelah, Tawakal je lah. Then dah bayar tiket and dapat full explanation, aku rasa puas hati pulak beli kat situ. Hahahaha, sebab explanation dia menyakinkan aku. Moreover, memang dah kat situ kedai dia, tak kan dia nak tipu plak kan? Tang mana dia ada masa nak angkut kedai tu bawak lari? Hahaha

              Aku siap dapatkan peta/map Tioman lagi ke sana, nak tahu perjalanan Ferry dia singgah tang mana dulu, nanti tak adalah ketinggalan pape. Tiket return total sorang = RM75.++ if not mistaken.
Sebab tiket pergi saja dah RM35.++, so kalilah dua ye.  Kitorang siap beli tiket return boat sebab bak kata agent tu, baik beli kat kuanter ferry sendiri daripada beli kat ulat tiket yang ada kat pulau tu sebab diorang akan cas lagi mahal dari harga sebenar. Silap haribulan kalau nasib tak baik, dia jual salah tiket kat ko, ha macam mana? Melepas boat satu hal, duit kau pun tenggelam ke dasar lautan dengan jayanya,

             Lepas tu, on the way ke jeti, kitorang singgah makan kat kedai mamak at Pekan Mersing tu. Isi perut siap-siap sebelum ke pulau. Then sempat aku shopping selipar kat kedai dua ringgit nak pakai kat Tioman nanti. Kitorang menapak ke Jeti, penat! Penat dan penat! sebab kitorang bergilir-gilir tukar beg. Husband aku memang ada beg traveller yang aku hadiahkan sempena birthday die dulu, aku je tak ada sebab dulu kalau berjalan always dengan parents, memang tak merasa nak sandang-sandang beg traveller ni. Now bila dah kawin, menjajau cari bagpack tapi sudahnya tak ada, tak kan nak bawak beg roda yang besau gedabak tu kan? Makanya aku bawak beg jinjit macam beg balik kampung dulu-dulu tu.

             Husband aku punya bising aku bawak beg tu, jangan cakaplah. Aku sendiri rasa menyesal bawak beg tu, sebab sepanjang berjalan tak dapat berpimpin tangan pun. Kalau dah kitorang gilir-gilir peluk beg yang aku bawak tu, macam mana nak pimpin tangan? Hai... mampu mengeluh je.
Sesampainya di jeti Mersing, kitorang cepat-cepat daftar, asal kaunter bukak je cepat-cepat aku soh husband aku pergi amik boarding pass. 

Muka happy dah sampai Jeti setelah berpenat lelah menjinjing beg!

Yeay, we got our boarding pass! Tanpa boarding pass ni korang tak boleh naik Ferry tau. Make sure sampai je kat jeti, once kaunter bukak, silalah beratur secepat yang mungkin. Kalau ko melepas boarding pass ni, alamatnya ko kene tunggu 1-2 jam untuk ferry yang seterusnya.

Notice tak mata aku ngan husband tak sama arah pandangan? Haha, aku yang salah actually sebab bila bergambar aku tend to look at the screen and not at the camera. Maka jadilah gambar yang sebegini... huhuhuu ;)
              Masa tunggu kat jeti ni aku agak menyirap kene tunggu lama-lama, sebab aku dah tak sabar nak naik, nak cepat sampai tahu tak....? Tahu ke takkkk...? Grrr!! nasib baik sempat makan tadi, kalau menunggu lama macam ni dengan perut yang kosong, maunya aku jadi HULK kat situ. Btw, kalau nak naik ferry ke Pulau, sila buat persedian mental and fizikal yang prosesnya memang lambat nak mam! Even kalau ferry dah ada depan mata kau, even guard dah bersilang-silang kat gate, ko still tak akan dapat naik! huh, bikin aku menyirap. Aku memang tak ada kesabaran, aku penuh dengan BARAN. hahaha

              Nak dijadikan cerita, masa beratur nak board ferry, adalah sekumpulan family ni, diorang punyalah awal beratur kat depan sekali. Berhuha-huha sesama sendiri tak pedulikan orang, last-last tak dapat naik ferry sebab diorang punya boarding pass color peach. Boarding pass yang warna pink diutamakan dahulu. Hahaha, padan muka. Aku annoying dengan diorang sebab bajet macam diorang lah yang akan qonkuer ferry tu. Boarding pass warna peach tu aku tak tahu dia nak ke mana.

              Dalam ferry, aku pilih dok kat seat di tepi tingkap, nak tengok pemandangan indah, tapi di awal perjalanan je, aku bukak mata. Lepas tu, aku tutup mata dan tido, letih mengusung beg. Husband aku pun sama. So far, masa atas ferry aku tak mabuk laut sebab aku tido. Tapi... masa sampai kat Jeti, boat tu terumbang ambing sesangat masa nak turunkan penumpang.  
And aku mula mabuk, nak muntah semua ada, Tapi aku try cntrol, sempat lagi bukak tupperware jamah sambal tempe yang aku masak buat bekalan untuk makan kat pulau. Sambal tempe tu aku bawak and masak atas permintaan husband aku, buat kunyah-kunyah kalau lapar kat Tioman.

haha nilah gambar dalam ferry. Bukti kitorang dah tak serupa orang. Berjam-jam dok dalam ferry, badan semua sakit-sakit.
Orang makan asam kalau nak tahan muntah, aku makan sambal tempe. Boleh? Hhahahah
              Masa ferry dah semakin hampir dengan Jeti penempatan, aku macam kecewa sikit sebab air masih tak jernih dan sehijau yang aku sangkakan. Dia warna hijau biru yang gelap, macam air laut dalam. Aku cakap kat husband "Air dia tak hijau pun hubby?". Muka dah sedih time ni sebab aku tak nak air yang kelam dan gelap macam tu. Aku nak air yang cantik! Husband aku cakap kitorang masih kat area laut dalam lagi, yang hijau and cantik-cantik kat belah tepi pantai and gigi air. Husband aku tahu ni sebab dah 3 kali dia pergi tioman masa dari kecil, last sekali masa tahun 2009.

              Sesampainya aku kat Jeti Tekek, Subhanallah! Aku punya terpegun tengok air yang hijau bak warna Emerald tu, tak boleh diungkap dengan kata-kata. Begitu hebat ciptaan Allah. Betul kata suami aku. Aku senyum ke telinga once nampak air tu, aku punya excited tak yah cakap lah... jom layan gambar!

Tu bukti aku senyum sampai ke telinga. hahaha
Bergantungan makanan kat beg, sebab tak muat masuk dalam beg. Dalam tu tuna, maggi cup, nestum semua ada. Kihkihkih

Ni gambar ori yang tak di edit. Gambar atas tu edit menambah perisa keindahan dan kecantikan. <3
Sampai berkungfu suami aku dapat sampai ke Pulau tioman ni. Haha

Kungfu Fighting! Meregangkan segala otat yang dah cramp dalam ferry. ;)

Muka excited dah nampak air hijau emerald and selamat sampai dengan jayanya! HApppyyy sangat-sangat!!

Semangat nak cari chalet kitorang, semangat nak jalan-jalan tepian pantai bertemankan ombak kehijauan!
                   Okay, untuk sampai ke Chalet kitorang, kitorang kene lagi menapak dan bertapak. Tapi bab Chalet ni aku akan sambung ke entry yang seterusnya sebab entry ni dah panjang sangat aku membebel. ;)

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3