Wednesday 31 August 2016

3D ART GALLERY, LANGKAWI!


Hye, and good day to all of you dear readers!

Rasanya dah lama aku tangguh update mengenai percutian aku kat Langkawi ni. 
Al maklumlah... busy! ;)

Now, sebab dah nak hujung tahun, aku bakal ada family vacations pulak. 
Sambutan 2nd Wedding Anniversary aku pada 14 Mac 2016 ari tu pun, 
belum sempat aku update lagi.

So... tak nak lah tanguh-tangguh lagi, nanti penyakit lupa sampai, tak dapat plak nak diabadikan kenangan dalam blog kesayangan aku ni.

So... here goes! ;)
Hurm, apa yang menarik kat 3D Art Gallery, Langkawi ni?
Lukisannn dia, tersangatlah menarik! Penuh serata dinding! 
Orang pun penuh jugak, so pepandailah korang beratur or choose masa yang sesuai untuk bergambar.

Yang pasti, kena pandai rebut peluang untuk bergambar.
Kalau kau be "too polite", nanti peluang kau disambar orang! Hahaha!

Tiket masuk dalam 3D Art Gallery ni, rasanya aku dah purchase sekali masa naik Cabel Car, 
sebab kalau beli by package lebih murah.
Sorang = RM45, include SkyCab + SkyDome + 3D Art Gallery. Murah kan? ;)

Bila masuk dalam 3D Art GAllery ni, kalau kau jenis yang segan-segan depan kamera, 
memang gambar kau tak cantik! 

So, silalah bergedik sakan depan kamera, posinglah macam mana pun, janji sesuai dengan latar belakang 3D ART tu. ;)
Bayar memahal, bersabung nyawa nak turun daripada SKYCAB tu, tak kan nak keras kejung tunjuk peace dalam setiap gambar kat gallery ni kan? Buat rugi jer!

Waima kau kering idea nak posing sekalipun, rajin-rajinkan mata skodeng aksi posing orang lain, mungkin daripada situ ko akan dapat idea untuk bergambar. ;)

Well, aku memang jenis yang shy-shy depan kamera, But... bila masuk kat sini, aku jadi macam "Ahhh... lantaklah dengan diorang semua, ini percutian aku yang punya!" Wakakaka! ;)

Sebelum masuk bergedik sakan dengan dinding hidup, haruslah kita abadikan kenangan kat icon 3D Art Gallery ni!

Sorry kalau-kalau gambar di bawah ni semua sedikit kabur. Ni semua gara-gara kecuaian aku.
Sesedap rasa je aku terjatuhkan kamera yang penuh jasa tu masa beratur nak beli tiket SkyCab, penyudahnya... gambar-gambar ni semua jadi mangsa kekaburannn! Whuaaa!! (T . T)

Ada rupa ikan duyung tak? kihkih
Ikan duyung mungkin tak, tapi kalau Dugong tu adalah kot! kihkihkih
Kekonon nak makan epal besar gedabak ni... tapi mulut kecik! Ada ke orang makan epal duduk penuh sopan macam ni?
Husband aku, tang bergambar... dia lagi kreatif! ;)
See?? Kan aku dah kata husband aku lagi kreatif! Bila tengok husband aku pose macam ni, baru terbukak sikit mata aku untuk bergedik dengan dinding hidup ni.
Haaa... gedik aku dah kuar dah. Cepat betul aku belajar daripada sifu! Haha
Ini satu kepelikan... Suami aku jadi duyung jantan! Wakaka
Dalam proses meniru muka si penyu! ;)
Alamak, ada jerung!!
Kekonon, nak jatuh dalam gaung, cubaan kari daripada sotong gergasi!
Tengah fikir, nak lari ke tak nak ni?
Tak pe, kita tumpang ikan paus ni, lari daripada sotong!
Tunngu kejap bang, ayang pun nak ikutttttt! ;)
Surfing? Kacang je... siap boleh put on cermin mata hitam lagi.
Eh, eh tetiba rasa macam nak jatuh pulak!
Surfing? No problem, kita steady!
Ish Jerung ni, tak habis-habis kejar aku!

Sebelum ko ngap aku, meh aku amik gambau ko dulu! 
Aaaargggghhhhh tidakkkkk!!! Aku tak nak mati lagi!!! 

Fuhhhh, penat bertarung nyawa dengan jerung tadi. Ni barulah nak merasa santai. hihi
Penat masih belum hilang...

Kita kacau kaki bear ni sikit! 
Kerbau pakai spender??? Kelakarnyaaaa! ;D
Tak naklah kerbau tu, kita ada gajah!
Yeppi.... baiknya gajah ni!!
Hai Friend! How are you? ;)


Bertapa atas teratai, dengan isi rimba. 
Nasib mampu terapung atas teratai ni! Hehehe



Tepilah badak! Rasakan tendangan sakti aku ni!
Kecut, takut kene telan sampai kaki tak terpanjat tangga tu!
Baru ada kesedaran nak memanjat, tu pun takut-takut je jengah badak yang menganga hebat kat bawah!

Dah kene sambar dengan helang ni, tapi still boleh nampak rileks macam tak ada ape yang jadi kan?

Ini baru betul, muka orang ketakutan disambar helang! Hehehe
Pulangkan kunci aku balik!! 
Issshhhh, payahnya nak lepas daripada mulut dinasour ni!
Ngap je! AKu rela! Kihkih
Ada macam rupa panda tak? *wink
Bahagia dapat panjat pokok dengan panda. Hehe
Hai Panda! 
Kita tido jap!

Alamak, nak terjatuh pulak!
Nak buat aksi macam terjatuh/tergantung tapi tak berjaya dek kerana suar palazzo kembang giler. 

Abanggggg! Bangun bang!!

Red Karpet? Akulah yang paling vogue gedabas!
Peace yo!

Risau jadi jamuan Gorilla!
Kita pura-pura mati!!

Owhhhh tidakkk! Ada Gorilllaaaa! 

Its a great Circus indeed!! 
I'm the Joker!! ;)
Yeeehhhhhhaaaaaaaaa!!!!!!!!
Alah, malu-malu plak angel ni. 
Ini Rare!! Kepak di dada! haha
Macam mana boleh tersesat kat sini??
Mane abang ni?
Awat laki aku dok senyum bila sesat kat gunung berapi pulak ni? Hahaha
We be a Puppet!! 



Owhhh, kita di Veniceeee~~~
Cantikkan yang? Cantik bang! 
Wowwwww.... romantiknya Veniceeee!
Hai Madame! ;)
Ko tendang? Aku menendang! wakakaka
Alas, jauh kita berjalan... macam-macam kita harungi, sampai juga kita di sini, Istana Cinta Dua Hati. <3 ;)

Haha, amacam? Seronok tak ikuti kisah pengembaraan kitorang dalam 3D Art Gallery ni?
Actually... bannnnyaaak lagi Art-Art yang kitorang tak bergambar, dek kerana kesuntukan masa.
Aku rasa macam dah lama sangat dok dalam gallery ni, panas punggung sebab family aku tak join sekali masuk gallery ni.

Dok risau je kot-kot aktiviti diorang lebih meriah kat luar tu. 
Yelah, kata family vacations, makanya haruslah sentiasa ada bersama.

Walaupun husband aku masihhh nak habiskan masa dalam ni dengan lebih lama, aku dok pujuk-pujuk dia jugak untuk keluar. 
InsyaAllah, ada rezeki kalau aku ke sini lagi, confirm aku jejak Oriental Village ni lagi sekali! Art GAllery ni pun, aku nak masuk sekali lagi, posing sakan dengan lukisan yang kitorang skip ari tu.

Aku masuk 3D Art Gallery ni pun, sebab kitorang laki binik tak pernah masuk mana-mana 3D Art Gallery pun, walaupun kat Melaka ada benda alah ni. 
Alang-alangg dah jalan jauh macam ni, baik jangan lepaskan peluang yang ada dengan sebaiknya.

Soooo.... nasihat aku, kalau korang nak masuk dalam 3D ART GALLERY ni, sila bersedia untuk peruntukkan almost 3-4 hours or more, sebab seriusly memang best!!! 
Cantik dan sangatttt hidup lukisan lukisannya! 

Hurm, lepas keluar 3D ART Gallery, kitorang singgah kat Butik Batik dan Kraftangam, sekadar mencuci-cuci mata sahaja. Tak ada barang yang menarik perhatian untuk dibeli.
Later, aku akan buat entry penutup untuk percutian aku ke LANGKAWI ni.
So, till we meet again! 

Terima kasih sudi singgah ke blog aye yang tak seberapa ni.
Moga terhibur dengan aksi-aksi kami suami isteri. <3

Salam Sayang,
Anis Ashikali. ;) <3