Saturday 21 October 2017

GILA DI GUA TEMPURUNG!

Gua Tempurung, Gopeng perak.

Hi semua! Alhamdulillah, dah dua entry aku berjaya siapkan tentang vacations ke Perak ni.
Aku dah nampak bayang-bayang entry ke Perhentian dah ni!

Okay, jom!
Kali ni aku nak ceritakan pengalaman gila aku masuk Gua Tempurung ni.
Nampak gambar kat atas tu? Haaa, macam tulah cantiknya Gua Tempurung ni tau!

Lepas ke Kellie's Castle, kitorang terus shoot datang ke sini.
Jauh jugaklah perjalanan nak sampai ke Gua ni, daripada Castle tu.
Dalam satu jam lebih. Tepi-tepi jalan, penuh dengan orang menjual durian.
Sempat jugaklah kitorang singgah beli durian haluan balik tu, kalau tak silap. 

Untuk pengetahuan korang, seumur hidup aku, aku tak pernah masuk gua!
Nilah gua pertama yang aku masuk, dan aku terkesima!
Rupanya, best masuk gua ni!

Apa yang best? Experience yang totally different than usual, and pemandangan yang Subhanallah, sangat cantik!

First thing first, nak masuk Gua Tempurung ni, kena bayar.

Harga Masuk dan aktiviti di Gua Tempurung, setakat pada December 2016.
Korang bukan takat boleh  masuk gitu-gitu aje tau!
Nampak tu ada pakej wet tours?

Itu aktiviti tours yang masuk ke dalam gua ni melalui celah-celah cerun gua yang sempit dan sebagainya. Kalau nak ikut tours yang macam ni, jangan buat kerja gila macam aku!
Apa yang gila sangat tu? Haaa, kejap lagi aku tunjuk ye.

Aku tak boleh follow wet tours tu, sebab aku ni ada panic attack!
Aku tak boleh berada kat kawasan yang sempit-sempit dan kecil, nanti terus aku panik dan tak boleh nak bernafas. Haaa, gitu!

Tapi, kalau ada yang nakkan kelainan dalam aktiviti, you should try the Wet Tours! Diorang ada paparkan aktivity ni kat TV along entrance ke Gua Tempurung.
Kawasan toilet dan surau! Atas bukit yang warna putih, macam bentuk gua terbuka tu... ha itulah pintu gua tempurungnya.
Kawasan parking dan istirehat.
Ada deretan kedai makan jugak. Kalau lapar lepas explore Gua, boleh makan kat sini. Tahap kesedapan, aku tak pasti, sebab aku tak makan kat sini.
Laluan nak masuk ke entrance Gua Tempurung, dan beli tiket.

Sebelum masuk, kita bergambar dulu!
One for me, Two for us!
Masa masuk Gua Tempurung ni, hanya aku dan suami je yang masuk. 
Anak-anak buah aku tidur dalam kereta. Akak dan abang ipar aku pulak, tak tahulah diorang nak masuk atau tak.

Ayah, mak, dan nenek aku. Diorang tak layan nak masuk gua, penat katanya. Pada aku, aku tak paksa diorang naik tangga setinggi alam tu, masuk sampai permulaan gua pun dah cukup sebenarnya.
Hanya nak bagi diorang tengok, macam mana rupa gua Tempurung ni. Tapi dah diorang tak nak, tak pelah.

Aku dengan suami, jalan dululah ye! Mana boleh buang masa, dah nama pun vacations!
Jom kita have fun!


Di entrance Gua Tempurung, masa ni aku cuak bila Gua Gelap. Risaulah kot ada ulau ke, apa ke...
Bila masuk dalam sikit lagi, aku dah tak cuak. Sebab ramai orang, dan Gua ni pun cantik! Ada lampu! MasyaAllah, ternganga-nganga mulut aku tengok kecantikan Gua Tempurung ni. 
Tengok gambar aku kat atas tu? Nampak tak apa yang gilanya kat situ??
Orang masuk gua, pakai selipar atau comfortable shoes!
Berlenggang kangkung, atau bawak botol air.

Tapiiiii, aku masuk gua, pakai high heels, wedges to be exact!
Dannnn aku usung sekali beg tangan aku ke dalam ni. 
WHAT THE FISH???!! Hahahaha!

Allahhh, sumpah aku rasa aku memang GILA! 
Not dress to the occasions!
Kenapalah aku tak tinggalkan handbag kat parents aku je sebelum masuk tadi? Aigoooo!

And bawak handbag along with wedges on my feet, seriusly rasa rimasss! Huhuhu!
Nasib akulah, siapa suruh buat kerja gila,kan? 

Korang, kalau nak masuk Gua Tempurung atau mana-mana gua sekalipun, tolong jangan ikut kegilaan aku! Please wear comfortable outfits! 

Btw, habis cerita pasal aku punya gila.
Aku ada rakam video masuk ke sini, boleh je aku tepek di blog ni.
Tapi aku risau, video tak function pulak nanti.
Tak pelah, aku cuba. Jadi tak jadi, belakang cite.









Okay, berlambak aku tepekkan video kat dalam Gua Tempurung tu ha. Excited nak kongsi kecantikannya ngan korang. Susunan pun tak tahulah teratur atau tidak.
Korang dapat play tak video tu? Kalau tak dapat, maaf sangat-sangat!
Aku cuba mintak tolong orang yang pakarlah nanti ye. :'(

Siapa yang dapat play video tu, congrats! Sila hayati kecantikan Gua Tempurung tau!
Yang tak boleh play tu, meh layan gambar lagi. Wakaka!

Tadaaa! Tengok view belakang suami aku tu, seriussss CANTIKKKK!!! <3

Tengok yang ini pulak. Ni tak edit tau! Memang Gua ni dah sedia cantik. Pembentukan batu kapurnya, dengan besar guanya... MasyaAllah! Aku suka!!
Kalau tau Gua cantik macam ni, dari dulu aku dah ajak suami aku explore semua gua dalam Malaysia ni!
We are just tooo happy, sampai tak boleh nak move on! Hahaha 

Our Happy Faces! ;D
Another view worth taking! 
Lovveeee you!! ;D
Suami aku, memang suka buat kerja pelik. Dia pergi masuk dalam kawasan berpagar, just untuk bergambar kat dalam kawasan larangan ni. *facepalm
Nasib tak ada guard yang, kalau tak... mahu abang dah kena sembur! Huhu

See? I've told you! Ahaha!
Tengok pembentukan batu kapur tu...
Stalagtite & Stalagmite! Cantikkkk kan?!!
Muka excited masing-masing!
Apa lagi nak buat ye tak? Bergambau ajelah kat dalam ni.
Oh ye, hampir suku perjalanan kitorang dah teruskan berdua. Suddenly kakak aku, and abang ipar aku join sekali. Diorang masuk jugak rupanya! And i is jealousss tengok kakak aku masuk berlenggang kangkung ye! *facepalm again!

Sampai satu tahap, aku dah rasa penat sangat! Aku dah give up, sebab aku dah naik sampai tahap yang ketiga teratas dalam gua ni. Hanya tinggal nak pergi ke aras empat je untuk habiskan tours.
Suami aku beriya ajak, aku tetap tak nak. Sebab dah rasa macam nak pitam.

Orang lain masuk gua rasa sejuk, aku rasa panas. Berpeluh!!
Then, suami aku pergi bertiga aje ngan akak & abang ipar aku. 
Dioranglah yang completekan mission Explore Gua Tempurung ni. 

Aku??? Sila tengok gambar kat bawah! Kecundang beb, kecundanggg! :'D

Bahana not dress to the occasions, sila tengok apa yang jadi kat aku. Aku penatttt sangat! Bahu berat wei, carry handbag. Kaki lenguhhh pakai wedges. Naik turun tangga yang gila tinggi! Huh, akhirnya aku terduduk kepanasan, dan kepenatan. Berpeluh-peluh kat area muka tu, terserlah basahnya kat tudung! ;D
Effect tangan jadi blur? Sebab guna kipas manual aje, nak sejukkan diri. Hehe
Tengok, their happy faces kat penamat ni! Aku jugak yang rugi... seriusly aku menyesalll ak ikut sampai ke sini. Tapi aku tetap positivekan diri, tepuk hati dan cakap. "Tak pe, I've already come this far though! Its okay..." 

Layan ajelah keseronakan diorang kat bawah ni ea. 




Okay, lepas tamatkan misi. Moh ler kita balik... turun ikut jalan yang sama.

Nilah rupa keadaan dalam gua, laluan yang ada. Ada yang gelap, ada yang terang.

Jadi terang ni, sebab pakai flashlight.

Tuuu, tengok tangga daripada tempat kitorang berdiri sampai ke bawah. Panjang dan tinggi kan? Imagine aku naik dan turun those stairs with wedges and handbag!
Sebelum balik, peluk suami ketat-ketat! We already explore the Caves sayang! ;D

Kalau tak salah aku, Gua Tempurung ni dah berusia 400 juta tahun as in 2016! Gila tua! Dan seriusly, batu kapur ni amik masa yang sangat lama untuk terbentuk cantik macam ni tau!
Dah hampir sampai ke penghujung...
Sayang sungguh nak tinggalkan Gua Tempurung ni.

Last but not least, jom abadikan kenangan kita kat sini. <3


Okay, bye-bye guaa... jom kita meet up dengan family semula.

Our Maruko Chan dah bangun! <3 

Nenek dah bosan menunggu lama! Hehehe
Tak dapat masuk Gua Tempurung? Tak pe, anak Gua Tempurung ada. Boleh ambil group photo kat sini!

























Maaflah ye, aku spam gambar family aku banyak-banyak. Sebab susah nak dapat shot yang semua senyum pandang kamera. So, pada aku setiap gambar tu ada memori dan cerita dia yang tersendiri.

Tips aku, kalau nak masuk ke Gua Tempurung ni, sila bawak kamera yang cukup.
Sebab... rugi kalau tak abadikan gambar gua yang cantik ni.

Rasanya ini aje, yang nak aku kongsikan.
Aktiviti hari ni, habis di Gua Tempurung aje. Okaylah tu kan?
Dua aktiviti dalam satu hari, dan kitorang teruk gerak balik ke Taiping semula.

Next entry? Apa pulak yang kitorang buat? Tungguuuu~~~ ;D

Salam Sayang!
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3