Saturday 21 October 2017

KELLIE'S CASTLE, PERAK


Hola! Hye semuaaa! 
Huish, tak sabar den nak marathon habiskan review tentang Perak ni buat korang semua.

Bukan apa, aku sebenarnya lebih excited nak tunjuk kat korang review di Perhentian Islands.
Gila banyak gambar yang cantik-cantik, untuk aku tepekkan kat blog ni.
Banyak juga info yang aku nak kongsikan tentang pulau Perhentian tu.
Mohon, doakan aku diberi kekuatan untuk habiskan travelogue di Perak ni. Huhu!

Okay, for our third day In Perak, kitorang terus masuk ke Ipoh semula.
Mula-mula, nak ke Taman Herba, Perak.

Tapi, once dah sampai, tengok dari tepi jalan, Taman Herba, Perak ni macam tak ada apa-apa.
Cuma ada tanaman pokok-pokok herba yang biasa je, macam misai kucing and etc.
So, tak jadilah kitorang singgah ke situ.

Destinasi yang seterusnya? Kellie's Castle, kat Gopeng.
Apa yang menarik kat sini? Tak ada apa sangat pun, cuma binaan Architecture's dia yang sangat cantik, dan sesuai untuk sesi selfie, selca, wefie, dan sebagainya.

Dari segi sejarah? Korang googlelah sendiri ye.
Kalau aku cerita pasal sejarah Kellie's Castle ni pun, mustahil korang sudi nak baca, kan? Huhu!
Tiket masuk, RM5 sorang kalau ingatan aku tak salah.

Kat sini, layan gambar jelah kot.
Nothing much to review, sebab Castle ni peninggalan sejarah. 
Cuma yang aku boleh cakap, tempat ni sangat cantik dari segi binaannya.

Tangganya pulak, kecik dan sempit. Ada yang jenis berputar-putar ke atas.
Terfikir kat otak, memang orang barat zaman dulu-dulu sukakan tangga berputar yang sempit dalam rumah ke?

Gerun betul bila panjat naik atau turun tangga tu. Silap langkah, bergolek kau ke bawah! Huhu!

Area parking di Kellie's Castle. Tak berapa besar sangat pun.
Lepas parking, moh la kita menuju ke Castle ni beramai-ramai.
Kat area ni, ada deretan kedai cenderahati, cenderamata, gerai makanan dan jugak toilet!
Owh ye, disebabkan aku dah tak tahan sangat nak terkucil. Aku pergi toilet di belakang sana tu. Bangunan warna putih, yang ada poster tergantung tu. Nampak? Haaa, itulah tandasnya!

Selesai aku membuang, aku keluar dengan selambanya. 
Sekali, tertembung dengan sorang pengunjung lelaki yang baru nak masuk ke toilet tu!
Dia pulak pandang aku dengan muka yang pelik. Aku? Terus berjalan tanpa rasa bersalah.

Sekaliii... tu tandas lelaki dahhh! Patutlah lelaki tu pelik tengok aku keluar dari situ! Wakaka!
Tandas perempuan, ada kat bahagian deretan kedai makanan tu rupanya.
Soooo, kalau korang datang sini, jangan buat silap macam aku. Buat malu kaum je! >.<

Group photo!
Berlatar belakangkan Castle yang cantik!
Seriusly, aku paling suka gambar ni! Nampak, kreatif! <3

Suka sangat sampai tepek dua kali, boleh?
Rasa malumya nak mengaku yang aku gemuk macam ni dulu....!! >.<
Malas nak terangkan gambar ni, tengok jelah suram kelam gini ea. Anggap je, ni salah satu teknik fotography. ;'D

Kalau tengok kellie's castle waktu ni, nampak macam banyak hantu kan? ;'D
Ruang tamu Kellie's.
Okay, gambar-gambar kat bawah ni lebih pada kecantikan seni binaan Kellie's Castle ni. Cuba tengok, cantik kan?!


Dah serupa Taj Mahal! 
Ayah, my hero! <3
Melawat kawasan kat tingkat atas, angin kuat!
Posing gaya ntah hape-hape. ;)

Cer tengok imej belakang suami tu, dah macam penampakan hantu!! hahaha
Tu bukti angin memang kuat kat atas ni, sampai mengerbang rambut manusia tu. ;')

Cak! ;D
Umie & Nenek! ,<3
View from third storey! Gayat weyh!
Yang kat hujung tu, akak aku sefamily.... Saja nak test bergambar dari jauh!

Percubaan untuk ambil gambar satu family, dari jarak dekat dan jauh. Keluarga akak aku dah macam semut dah kat hujung tu. Kecik! ;D













Seramm dalam senyum! ;D
Wait for me! <3
Group photo again! <3



Baru cukup forum! Ashikali's Family!








U gemuk, I suka. ;D Boleh gitu? Hahaha



Cantik aje, akak ngan abang ipar aku posing atas ni. <3



Tak cukup kat tepi tangga, celah tingkap pun boleh!

Layankan ajelah diorang ni... ;D
Serius, architecture Kellie's Castle ni tersangatlah cantik! Koridor ni aje, nampak mewah dalam seni binanya. Tengok gambar tu, cantik kan? Lorong tu nampak mengecil hingga ke hujung!

Bilik simpanan Wine, dan Arak keluarga Kellie's. Bilik bawah tanah ni, gelap yang amat. Kalau nak masuk, sila ajak teman. Silap-silap ada benda lain yang teman kot masuk sorang-sorang. huh! Mintak simpang! 


Scary! Nampak terang sebab auto flash! Dok risau jugak kot-kot terjengul gambar yang aneh-aneh dalam kamera. Alhamdulillah, tak ada! ;D
kekonon, sorang model, sorang photographer! 

Tak tahu ni posing jenis ape. :'D

Owh, diorang nak bukak pencak silat rupanyaa... Hhaha!




Kitorang pun nak jugak!


We found love!
Bergambar kat penjuru bulat Castle ni, is a must!


Why? Sebab dia cantik! 


Sebelum beransur pergi tinggalkan Kellie's Castle ni, aku capture pemandangan yang cantik ni melalui camera hati.




Love, Kellie's Castle!
Macam yang aku kata, tempat ni memang korang layan gambar ajelah.
Nak dapatkan group photo yang sempurna, memang non hado.
Jadi, semua gambar aku tepekkan, walaupun posisi sama, tapi ekspresi muka lain tau!

Lepas tawaf Kellie's Castle ni, we all just lepak di gerai makan sambil order kudap-kudap buat alas perut. Lapar...
Then, tanpa buang masa, kitorang terus gerak untuk makan dan masuk Gua! 

Gua apa? Refer next entry ye! ;D

Salam Sayang,
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3