Friday 9 October 2015

... ILHANIS HONEYMOON MARCH 2014 ... PULAU PINANG


                                                             Assalamualaikum...

      Semenjak aku berjinak-jinak dengan blog kak NEENA ANUAR yang Gorjes Gonjeng tu...
Sedikit sebanyak aku mula menanam impian untuk jadi macam kak Neena.
Aku nak travel ke negara orang, sambil menimba pengalaman... dan juga mencari peluang meluaskan pandangan mata. Tak berani nak cakap yang aku mampu menjejakkan kaki ke negara orang dengan keadaan ekonomi yang tersangat teruk nowadays.

      Tapi... tuah ayam di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu kan? Usaha, tawakal, doa.
Tak mustahil angan-angan boleh jadi kenyataan. ;)
Selain daripada nak menjadi sang pengembara seperti kak Neena, aku nak jugak tempekkan travelog aku ke tempat-tempat percutian yang pernah aku jejaki dalam blog aku ni.

      Mungkin ianya tak akan memberikan informasi yang lengkap mahupun sebagai rujukan yang sesuai buat korang semua. Tapi ianya sebagai salah satu sumber kepuasan aku.
Sebagai salah satu sumber ingatan aku. Aku ni memang pelupa yang amat, jadi sementara masih belum kena amnesia mahupun alzheimer, baik aku update semua kenangan dalam blog ni.

       Bosan-bosan nanti, kot-kot aku nak imbau semula semua perjalanan hidup aku, segala kenangan manis percutian aku, boleh la aku bukak blog ni balik. Nama blog pun MEMORY LANE, so haruslah manfaatkannya kegunaannya sesuai dengan nama.

        Well, firstly aku tak terfikir pun nak ke Pulau Pinang sebagai tempat honeymoon aku. Masa tu aku meroyan nak ke mana ntah, aku lupa. Hahaha... then bila tengok hotel semua mahal. Padahal bajet aku dalam RM400 je untuk hotel. Aku da almost give up nak plan honeymoon ni sampaikan aku menangis-nangis kat suami cakap x yah lah honeymoon. Padahal... sakit hati kalau tak dapat pergi. Hahaha..perempuan kan? Aku pulak jenis yang selagi boleh save, aku nak save. Tu yang sampai meroyan sesorang, padahal suami aku cakap, mana aku nak pergi, boleh je pergi.

        Suddenly, godak punya godak, jumpa lah HYDRO HOTEL PENANG kat MIAMI BAY. Harga RM243 kot untuk 1 malam, then aku pergi 3H 2M, so total hotel aku bayar around RM48+.++,
Masa nak bayar dengan debit kad maybank aku, x boleh pulak...jadi hal, sebab aku set limit aku dalam RM500-1000 rasanya. Berhempas pulas call hotline Maybank untuk settlekan sebab aku menggigal nak booking malam tu jugak.

        Dah settle, then...selesai bab penginapan. Bab tiket pergi ke penang, aku tak ingat brape awal aku beli, tapi memang dah beli awal-awal lah. Nak honeymoon kan,.. gila ko tak beli awal2? Kang klu tiket habis, mau meroyan aku kat MC tu nanti. Kitorang amik tiket ke Penang dgn KKKL (bas favourite kitorang klu nak travel ke mana2), amik tiket jam 8.45/ 9.45/ 10.45 malam, gitulah citenye... (tiket ada dalam simpanan, tapi malas nak bongkau, agak2 timing je ni)

       Kenapa tak naik kapal terbang? Haahaah...silap! Jangan tanya soalan tu kat aku sebab aku memang penakut gila nak naik kapal terbang. 1st-sebab aku rasa tiket die mahal. Kedua, sebab aku pening nak booking, risau tersalah booking. Ketiga, sebab aku memang TAKUT  naik kapal terbang. Muahahah! ;)  Jadi pengangkutan darat lebih selamat pada aku!

        Dalam bas, hampir all the way aku tido. Tido sepuasnya sebab qada balik tido yang hilang masa berhempas pulas settlekan majlis kahwin dan penat jadi pengantin.
Sebelum aku kahwin, aku in the middle of internship, aku kena buat system untuk Diploma Komputer Science aku, and aku bekerja waktu tu. At the same time, aku bertungkus lumus plan semuanya A-Z untuk wedding aku. Ha...nampak kan kenapa aku penat gila-gila?

        Kenapa semuanya aku buat sendiri, family aku tak tolong ke? Ish...family aku lah yang banyak tolong aku punya wedding. But dari segi plan, dari segi ordering, surveying, dealing and menghias, semuanya 100% daripada kepala otak aku. Hahaha...penat weh, tapi BEST dan berbaloi sangat bile semuanya menjadi seperti yang aku harapkan.

        Suami aku tak berapa mahir bab-bab planning/ design kahwin ni,..so semuanya aku yang buat.
Perbincangan tu ada, keputusan daripada kami berdua, tapi mastermind adalah AKU. hehehe
Suami aku sediakan duit je...kihkihkih, lagipun dia sibuk with his course time tu...
Nasib dia baik dapat isteri kaki ambil tahu pasal semua benda ni tau. Kalau aku pun jenis yang tak tahu pasal semuanya, memanglah tak jadi ape.

        Aku kahwin 14 & 15 MAC 2014, but aku pergi honeymoon 23-25 MAC 2014.
Lambat honeymoon sebab suami aku kene balik JB settlekan kerja, lagipun masa tu belum cuti sekolah lagi. Cuti suami aku, ikut cuti sekolah...dah nama pun cikgu. ;)

        Okay, dah cukup aku membebel. Now, jom kita layan gambar-gambar.

Okay, ni masa dalam bas KKKL, kat MC. Sebelum bertolak ke Pulau Pinang.


Okay, ni masa dah sampai ke stesen bas at Butterworth kalau tak silap aku.
Kitorang sampai dalam jam 5 pagi, sementara tunggu terminal ferry bukak, lepak dulu kat gerai makan ni, minum-minum...





        Kitorang boleh je berhenti straight kat Pulau Pinang, tapi disebabkan nak sangat merasa naik Ferry sambil lihat keindahan air laut kat Pulau Pinang tu, kitorang berhenti di Butterworth kalau tak silap.
Then naik Ferry untuk sampai ke Pulau Pinang. ;) 

        Tambang Ferry dalam RM1.20 @ RM1.40 seorang... murah! Aku ingatkan mahal sebab dalam kepala otak aku dah set ferry kat Pulau Pinang ni serupa macam Ferry yang aku naik nak ke langkawi masa tahun 2004 dulu tu. 

        Sekali salah daaaa....hahahaha, rupanya Ferry dia besar gedabak, open air... pastu tak rasa terumbang ambing langsung pun masa naik tu. Aku dengan konfidennya berdiri all the time, renung ke bawah... suka tengok kehijauan air dia. Bertambah excited bila dapat tengok banyak gila obor-obor dalam air tu. Hihi


Indah.... Sangat Indah. Aku ngan husband excited gila naik Ferry ni, excited gila dengan pemandangan kitorang pagi tu. Air dia hijau jugaklah, itu yang aku nak sangat2 tengok tu.





Ni wajah-wajah happy and sangat gembira akhirnya for the 1st time, aku ngan husband dapat pergi sejauh ini berdua. Berdua saja tau!



      Masa couple and masa bertunang, kitorang tak pernah bercuti sejauh ni berduaan, mana pun kitorang pergi, mesti mak ayah aku follow sekali. Pernah la jugak aku ke JB/KL berdua but...itu balik hari. Tak pernah singgah tido di mana-mana hotel. Tak pernah! Tak nak kena tangkap basah mahupun kering. Hahaha...  Jadinya, kitorang excited gila bila dapat bercuti berdua sebegini...walaupun hanya ke Pulau Pinang. ;)

Bersambung ke next entry yer... ;)


No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3