Wednesday 5 April 2017

THE END, TILL WE MEET AGAIN LANGKAWI... BUMI MAHSURI!


Assalamualaikum, dear readers...
Thanks a lot sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni. ;)

Dah lama tangguh update, sooo... aku tak nak bazir masa, straight to the point!
For the last day of our family vacations in Langkawi 2015,
Pagi-pagi tu cam biasa, kitorang kuar breakfast dulu dekat area homestay.

Then, aku cadangkan daripada breakfast, straight ke Dataran Lang untuk bergambar dan sebagainya sebab kami mengejar masa nak balik ke Melaka semula petang tu.

Tapi... my sis cadang pergi ke pantai Cenang dulu, then baru balik bersiap di homestay, and packing barang semua. 
Tak nak naik Flight dengan badan berpeluh sebab ke hulu ke hilir katanya! *facepalm

Bertekak jugaklah, sebab daripada sudut bacaan aku pasal time ni, jarang-jarang silap. 
Aku tau kalau ikut plan dia, memang semua plan aku berterabur jadinya! 

Puaslah aku ngan family aku bambu dia untuk balik bersiap, packing barang terus untuk balik, checkout homestay dan sebagainya, barulahhh dia setuju. 
Itupun, dah separuh jalan nak ke Pantai Cenang, baru dia decide nak balik and terima idea kitorang.
Makanya kami terpaksalah patahhhhh balik ke homestay!

Menyirap gak aku, sebab masa dah suntuk, tapi aku fikir positif. 
Alang-alang dah patah balik, kitorang singgah jap di kedai ubat berdekatan dengan area homestay.

Kecik je kedainya, aku tak beli ape pun...
Just yang menarik perhatian aku ngan family aku kat sini, sebab dia ada kuali besau masak gamat ni ha. Orang kata, kalau gamat ni tengah masak, api panas macam mana pun, die tetap sejuk je dalam kuali. Celup tangan pun tak melecur katanya! 

Ni apa yang suami aku cakaplah, daripada perkhabaran orang. Serius? Macam susahhh je aku nak percaya, so aku pun try la celup jari sikit je dalam gamat tu.
Okay, jari aku tak melecur, sebab gamat ni tak panas! Rasa dia suam-suam je.
Soooo, kata-kata tu tak berapa nak terbukti lagilah pada aku, sebab bawah kuali ni tak de pun api yang marak! Hehe! ;)

Haaa, nilah kuali untuk memasak gamat. Kat NUSANTARA tak ada kuali cenggini, alhamdulillah rezeki kitoranglah tengok gamat tengah masak kat sini.
Jernihhh je gamat ni. Actually tak boleh sentuh gamat ni, dia dah bagitau.
Tapi, untuk orang jakun macam kami ni... dengan pengawasan yang zero, haruslah kami sentuh!
Bukan ke the rules are meant to be broken? hehehe ;)
Ha, gini je kedai dia. Tak berapa menariklah pada mata aku.
Tapi kedai dalam kawasan kampung, what do you expect? Inilah ghopenyer... ;)
Sementara tunggu akak aku bersiap, aku plan nak ke Makam Mahsuri.
But then, rasanya aku ke Jeti Langkawi dulu, sebab anak buah aku tak makan lagi + aku pun nak beli tiket feri balik petang nanti.

Tup tup, masa patah balik semula ke homestay, semua dah ready untuk check out.
Terus je kami shoot keluar dari area homestay, menuju ke Dataran Lang.
Tengah-tengah jalan, dah jauh dah ni... baru aku teringat yang kitorang terlepas pergi Makam Mahsuri! Oh nooooo!!! Damn! :(

Sumpah menyesal habis aku masa tu, but aku still berfikiran positif lagi.
Aku cakap kat laki aku, kot kita habis awal kat Dataran Lang dan Pantai Cenang, memang sempat kita singgah Makam Mahsuri sekejap. Yakin-yakin je aku dengan plan ni. :')

Makanya, kami terus pergi ke Dataran Lang, tengah-tengah hari buta tu.
Gagah bergambau demi merakamkan sebuah kenangan percutian keluarga kami kat sini. ;) <3
Jom layan gambau! Walaupun posisi setiap gambar sama, tapi ekspresi muka berbeza okay! ;)

Langkawi, the best! 

Peace yo! ;)

Anak buah aku, dah ghope bruno mars ngan topinya! :')


Happy family! <3 
Aksi bebas!

I love you, you love me... we are happy family! <3 


Okay, abaikan muka aku yang tembam ni! :')
Actually, suami aku nak bergambar betul-betul bawah helang macam gambar aku kat atas tu.
Tapi... aku x tau hajat hatinya! Jadilah gambar ghope gini... Ampun sayang! :')
Okay, tamat sesi bergambar di Dataran Lang, kitorang jalan di sekitar gift shop. Sempatlah beli beberapa pieces keychain dan fridge magnet sebagai kenang-kenangan. ;)
Then, kitorang lunch di restoran yang biasa seperti hari kelmarinnya.

Kat restoran ni, nenek aku ajak kitorang stay lagi 2 hari kat Langkawi. All expenses, she'll paid katanya! Perghhhh, nenek! Nenek buat offer menggila kat kitorang, tapi sayangnya...
Kami terpaksa reject nenek, bahana memikirkan tanggungjawab kerja yang menanti kat Melaka.

Kalaulah kitorang buat hati kering amik EL lagi dua hari, naik kerja mampos kene menjawab dengan bos masing-masing! ;') *how i wish, blog ni ada live emoticon. Senang aku nak expresskan mimik muka aku sekarang ni! ;')

Lepas makan, kitorang terjah Pantai Cenang lagi. Again? Yup! Pantai Cenang dah macam lokasi wajib kitorang hari-hari kat Langkawi ni. Kitorang cari coklat lagi, and my hubby nak carikan souvenirs, a singlet for his bff kat sini.

Lepas dapat souvenirs, aku ngan family aku split up! Sebab, aku ngan laki aku bakal balik ke Melaka, by ferry and bus. Tapi, parents ngan nenek aku akan balik by flight. Makanya, berpamitanlah kami di sini. 

Why tak naik flight sama? Again, like i said before... aku takut! Belum ready nak mati menjunam dengan kapal terbang. Hahahaha! Boleh ea bagi alasan macam ni? Astagfirullahalzim... :'D

Aku plak, tak puas hati tak dapat tengok pantai Cenang sepanjang 5 hari 4 malam kami kat sini.
Ni semua gara-gara pantai Cenang ni dah terhalang di sebalik deretan kedai di sepanjang pantai.
Entah macam mana, aku ngan laki aku nekad cari jalan masuk ke pantai ni, rupanya lorong masuk dia terletak kat celah-celah sebuah resort. 

Alhamdulillah... rezeki aku sebelum balik Melaka, aku dapat tengok pantai Cenang yang cantik ni! 
Maaflah, gambar pakai camera iphone 4 je masa ni. So tak berapa sharp! 

Seriusss, cantik!! :)
See, husband aku pun setuju yang pantai ni memanggg cantik! ;)
Air dia jernih, kehijauan! 



Kat hujung pantai tu, ada signboard "LANGKAWI, PERMATA KEDAH" tapi.. aku tak sanggup menapak sejauh tu untuk bercamwhore. Nak kejau ferry oi! ;')
Kita orang Malaysia ni, kalau boleh nak menyorok dalam gua time-time panas cenggini.
Minah-minah salleh ni plak, selamba jemur badan untuk tan kan kulit!
Kekadang, aku terfikir... diorang tak rasa ke kulit sakit terbakau dengan panas teriknya cahaya matahari kat Malaysia ni? ;D
Gambar pantai lagi? Yup! Lagi dan lagi...sampai lebam! =D



Saja aku tempekkan gambau yang sama banyak kali. Gambau je yang sama, tapi memori tuuu... amat berharga!! 
Tadi aku cakap, kalau habis awal kat pantai Cenang, jom bergegas ke Makam Mahsuri kan?
Tak ada maknanya nak patah balik! Terkejar-kejar jadinya. Aku tanya suami aku, tak apa ke kalau tak singgah Makam Mahsuri? Sebab, pada aku kalau tak pergi Makam Mahsuri, macam tak complete jelajah Langkawi.

Suami aku plak cakap, dia tak kisah... sebab kalau pergi pun, tengok kubur je. Hahaha, adeh! *facepalm lagi aku. =D

Tak pelah, next time, kitorang memang nak repeat lagi datang Langkawi ni.
Nak honeymoon berdua pulak. <3 ;)
InsyaAllah, masa tu mungkin ada rezeki aku nak tengok Makam Mahsuri.
At least, aku pernah jejak ke Makam Mahsuri tu, tahun 2003 dulu. Husband aku je yang tak jejak lagi.

Last-last, kami sampai di terminal Feri, siap sedia untuk pulang!
Walaupun menyesal tak dapat jejak Makam Mahsuri, gambar tetap kene amik untuk diabadikan sebagai sebuah kenangan!

Ni lah, contoh terminal Feri di Pulau Langkawi. Ramai manusia masa ni, semua berkobar nak balik.
okay, feri dah sampai.
Sebelum menapak meninggalkan bumi permata ni, kita welfie dulu! ;)
Dalam feri, aku ingat lagi... aku leka rakamkan memori terakhir tu dalam kamera hati aku.
Mata aku, melingas ke kanan kiri, menghayati keindahan alam ciptaan Allah.

Bergenang air mata aku tinggalkan bumi Mahsuri dengan satu azam, dan janji aku pada diri aku sendiri. Janji tu, biar aku dan Allah saja je yang tahu.

Fuhhh! Alhamdulillah... habis jugak entry terakhir aku untuk trip Family Vacation kami di Pulau Langkawi ni. Punyalah lama nak update cerita ni! Lepas ni, aku akan update gambar souvenirs masa trip Island Hopping dan review untuk homestay yang kitorang menginap di sini.

Lepas tu... aku akan sambung dengan travelog sambutan 2nd Wedding Anniversary aku pulak.
Yahooo! Excitednya nak abadikan memori tu kat blog kesayangan aku ni.

Till then, adios! <3 *Muah!

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3