Nikah!

Nikah!

Sunday, 30 July 2017

~CAMERON HIGHLANDS~

Yup, make today so awesome guyssss! ;)

Assalamualaikum kesayangan semua, <3 
Today, aku in a good mood nak update blog bout our Cameron short vacay tahun lepas. So here goes. ;)

Cameron Highlands, Map!

Asalnya, nak le jugak stay lama-lama kat Cameron, but hanya ada cuti weekend saja. Jadinya, kami hanya stay kat sana selama 2H 1M je. Kitorg naik ke Cameron bulan Oktober 2016, masa Deepavali.

Bercuti ke Cameron ni sebabbbb, aku sukkaaaa sangat dengan Cameron!
Cuaca yang sejuk, angin yang segar, makanan yang fresh, dannnn of couse ladang teh yang hijau nau nau tu menjadi sebab dan asbab utama aku nak ke Cameron.

Dulu, last pergi Cameron ni masa tahun 2012, family vacation. Kalau pergi dengan family, aku hanya ikut je mana yang parents aku pergi. Tak delah selam dalam-dalam pelosok Cameron tu. Hanya pergi yang luarannya je, contoh mcm ladang teh bharat, taman rama-rama & so on.

Masa family vacation ni, best sangat. Banyak gambar-gambar cantik yang nakkk sangat aku kongsi kat blog ni, tapi tak dapat... sebab masa tu aku free hair lagi, end up gambar tu semua jadi simpanan peribadi jelah ye. Huhu, sedihhh ;(

Bila dah kawin ni, dah dewasa... niat nak explore sampai ceruk pelosok kat Cameron tu, timbul.
Aku baca macam-macam review, and make a tentatif. Haaaa, jangan memain. Ada tentatif tau! 

 Kitorang punyalah nak elak jam, sebab risau masa cuti deepavali ni, jammed masa nak naik Cameron. 
So kitorang bertolak 27 October, malam jumaat. Gerak kol 12-1am dari rumah.
Kau rasa??? Gila kan? Hahaha...

Mak aku, akak aku sume bantah kitorg nak gerak tengah-tengah malam, sebab nanti daki bukit tu confirm pagi-pagi buta, gelap. Tapi kitorg still ngan pendirian, bertolak awal bagus, elak jam. 
Sampai awal pagi kat Cameron, sumpah syok! ;)

So, kitorang drivelah memalam buta ke Cameron, naik melalui Simpang Pulai berbekalkan arah yang ayah aku bagi. Tak berani nak naik dari arah Tapah, seriau pepagi buta tu! ;')

Adalah berhenti dalam sejam dua kat RnR, just untuk ke toilet dan lelapkan mata yang letih.
Kitorang sampai kat kaki bukit Simpang Pulai tu, dalam jam 5 pagi, gelap tak terkata! Nampak jalan depan mata je, kiri kanan hutan tebal. Sumpah seram! 

Pastu, adalah jugak lori and kereta yang naik sama, kadang diorang turun dari atas. So tak adalah rasa completely aloneee kat atas bukit tu. Sesampainya kat atas Cameron tu, jam 7 pagi camtu.
Husband aku terus park kat Petronas Brinchang, dekat dengan tapak pasar malam Brinchang.

Owh, btw lagi 1 hour nak naik ke atas, aku dah tewas. Mata mengantuk end up aku tido. ;)
Tido kejap je, pastu aku bangun. Kitorang segarkan badan kat situ, basuh muka, buang air & so on. Mandi je tak, sebab tunggu check in hotel jam 2pm nanti. Air diaaaa? Perghhh sejuk bhai! Hahaha...

Ish, jangan kecam kitorang tak mandi. Sebab malam semalam, sebelum gerak kitorang dah mandi. 
Gila kau nak buat perangai mandi kat tandas petronas? Dengan air sejuk kalah air batu tu, dengan orang ramai. Tak sanggup aku!

So, first destination... kitorang pergi ke sarapan kat area Tanah Rata, lepas check lokasi hotel.
Kedai ni, memang wajiblah singgah kalau ke Tanah Rata. Very recommended tau!

Siapa yang pernah naik makan kat Tanah Rata, mesti familiar atau perasan dengan kedai makan ni. Makanan dia memang padu, sedap. Tengoklah kek-kek dia, kalah kek Secret recipi ko! ;)
Lebih kurang ginilah meja dan suasana kedai makan ni. Nama kedai, aku lupa.
Menu sarapan aku pagi ni, Roti Canai.
Antara lauk pauk yang dah siap tersedia seawal jam 8-9 pagi.
Banyak pilihan makanan, tapi aku pilih roti canai aje...
Nasi lemak pandan, memang sedap. Husband's choice.
Okay, perut dah kenyang. Kitorang pergi pulak ke Time Tunnel yang Popular bangat tu. Nak jugak tengok, ape jelah yang ada kat dalam tu sampai semua orang dok sebut-sebut. Bayaran masuk, RM6 per pax untuk orang dewasa.

Ada Cafe kat Time Tunnel ni, kot belum makan lagi, boleh je makan kat sini. 
Ha, nilah dia yang dicari-cari! ;)
Tiket Counter dia pun, nampak sangat 'Time Tunnel' nyaaa... ;D

Us before entering the Time Tunnel!
Barangan lama kat pintu masuk...
Ruang minum kopi, orang dulu-dulu..
Husband aku, kalau bab bergambar memang suka buat pelik. So layankan aje.. Haha
Motif tuang air pegang kayu?? ;'D
Rasanya lebih enak!! xD
Nasib baiklah dalam ni tak ada pak guard, kalau ada...
laki aku orang pertama yang kene sound agaknya. Duh!
;)
Gambar ni aku amik sebab aku tertanya-tanya, motif letak frame gambar dalam pasu yang penuh dengan batu?? ;'D


Ececeh, macam pandai main sangat!
Piano tu, kalau boleh berbunyi... it will scream SUMBANG! hahaha
Sumbang ke tak, posing harus win! ;D
Banyakkk gila frame dolu-dolu kat sini! 


Relaxing with a cup of tea. ;)
Jangan tertipu, cawan tu gimik je. Air tak ada ye. Haha
Gambar favourite aku! Stall ni, looks sooo classic!
Bersungguh husband aku buat Teh O beng kat sini. ;')
Dapur nostalgik! Tengok ajelah tin-tin Milo tu semua, betul-betul mengimbau kenangan lalu...
Bersama gambar di bar ni, berakhirlah journey kitorang dalam Time Tunnel ni.
Actually, tak ada ape pun kat Time Tunnel ni. Cumanya, banyak koleksi barangan dan sejarah Zaman dulu kala. And of course, tempatnya cantik untuk bergambar. Sooo, jangan lupa check it out if once you arrive in Cameron. ;)

Okay, next destination sementara tunggu nak rehat & check in Hotel, Cactus Valley & Big Red Strawberry Farm! Yeayyyy! <3 ;D

Okay, bayaran masuk Cactus Valley ni RM5 per pax, kalau tak silap akulah. 
Kat Cactus Valley ni,  aku tak ambik gambar dari beginning entry masuk. Aku amik gambar dalam valley ni je. Seriusly cantikkkk! Banyak sangat bunga-bunga dan cactus. 



Happy us! Masa ni... masing-masing gemuk! Hahah
Ha inilah dia, tugu Cactus Valley. ;'D
Dont leave me, hubby!
Wait for me, sweetheart! <3 ;) 
Aku dan Lavenderr! Cubaan mencari bauan wangi kat bunga lavender ni, tapi nan hado dek non! ;D
Kegirangan bila dapat duduk dalam taman bunga yang penuh warna warni ni. 

Batuan kat tangga ni, cantik berseni. ;D
Okay, dah puas round sekeliling bunga dan bermacam jenis bentuk cactus, kitorang masuk ke dalam kawasan Big red Strawberry Farm. Farm ni actually terletak di dalam kawasan Cactus Valley ni je tau. Ingatkan kene park kat bawah entry point Cactus Valley untuk naik ke sini.

Ghopenyeee... boleh je terus naik bukit dengan kete, coz kat Big Red Strawberry Farm ni ada tersedia parking kereta untuk visitors. Tapi, agak curam dan sempitlah kawasannya. 

As for me, okay je kot naik atas pakai kaki. Jalan-jalan dalam Cactus Valley ni, memang breathtaking, sebab cantik sangat!

Ha, ni dia aku bagi entry info ke Strawberry Farm.
From parking lot View. Tangga daripada Cactus Valley, naik ke Big Red Strawberry Farm ni,


Ada kolam ikan yang cantik, so kita bergambar dulu. Tapi ikannya, tak nampaklah dalam gambar. 
Pasang kuda-kuda, untuk daki ke atas. Seriusly time ni, aku dah agak penat. Haha!
Segala macam mak nenek Salad, ada ditanam kat sini. Salad-salad segar yang selalu di pack kat shopping-shopping tu, aku rasa dibekalkan dari Cameron ni. 
Cantik dan segar-segar semua salad ni. Ditanam dengan tersusun pulak tu. 
Kat sebelah kiri view Big Red Strawberry farm ni, korang akan nampak tanaman salad macam gambar kat atas tu. 

Kat sebelah kanan pulak, ada strawberry farm di mana korang boleh petik strawberry dengan harga RM50 per basket. Seingat akulah, kalau silap, maafkan hamba. Ingatan dah tak berapa kuat, sbb vacation ni dah lama. Huhu

Aku tak nak petik strawberry, sebab pada aku berlambak Strawberry kat Cameron ni. Merata jalan boleh jumpa. So aku heads up ke arah cafe farm ni. Aku nak makan, nak rasa Strawberry Waffle, dengan Strawberry Coffee yang sedap kat sini.

Kalau tengok menu diorang ni, sumpah rasa macam nak order semua. Sebab semuanya sedap-sedap belaka.
Tapi tak elok membazir, jadinya aku order makanan yang paling aku nak rasa kat Farm ni.
Strawberry Waffle! Yummyyy!! <3
With a hot cup of Strawberry Coffee! It is soooo damn refreshing bila kau makan dua-dua makanan ni dalam udara yang segar, sejuk dan cuaca yang cerah! Serius, the feeling is indescribable!
Panorama view of the cafe!



 After eating, aku sempatlah membeli belah sekejap kat dalam souvenir shop farm ni.
Aku beli Strawberry Coffee 2 kotak, and Strawberry Ice Tea 2 paket. Untuk ole-ole family kat rumah.
Total around Rm40.++.

Lepas tu, kitorang straight gerak ke hotel, HillView Inn untuk Check in dan berehat.
Gambar-gambar pemandangan hadapan hotel ni, sebenarnya aku ambil masa nak check Out.
Tapi, aku tempelkan sekalilah kat sini, alang-alang nak create entry Check in. ;)

Aku booked hotel ni di booking.com, my favourite vacations apps!
Harga? Rm200 per night, dengan design ala-ala English black & white ni, memang aku suka sangat.
Aku memang berusaha keras cari hotel around Rm150-200 per night, sebab pada aku 1 malam je pun. tak perlu bazir tidur hotel mahal-mahal.

Niat asal, nak booking Snooze Too hotel, tapi semua fully booked! Stress aku kejap!
Nak booked Cathaphorne Hotel, Rm3++.++ for 1 night? Pada aku membazir, lainlah kalau aku stay lama kat situ. Baru rasa berbaloi bayar mahal-mahal for long stay.

Hillview Inn, here goes...

HillView Inn, tanah rata. Hubby and our beloved car! <3
Front View of our hotel for the vacations.
Bilik kitorang? Betul-betul kat balcony tingkat dua where the sign board was hanging. ;D
Front, side view of the hotel.
Ruang istirehat/lobby in level two. Right in front of our room.
Tekun husband aku tenung screen koong tu. ;'D
From the side balcony of the lobby, parking lot.
View hadapan from balcony.  
Dari side balcony, terus nampak ke ruang istirehat tingkat dua ni. Btw, kat sini lantai dilapik dengan karpet ye. Kasut semua tinggal kat rak kasut ground floor.
Okay, jom kita camwhore jap kat side balcony ni. ;'D





Ha, macam nilah ghope side balcony hotel ni. Cantik, aman, damai!



Tv area/lobby area in level 2.
Berhadapan dengan TV area ni, ada lagi satu balcony.



Bilik kitorang, on the right side.
Dari balcony Tv area, boleh nampak balcony aku. Hi hubby! <3 
Pemandangan daripada our balcony.


View daripada side balcony bilik kitorang, yang berhadapan dengan katil.



Penuh dengan taman bunga kat bawah ni.

Mungkin sebab ni, nama hotel ni HillView Inn? hahaha.
Our room. Ada dua pintu, for 2 balcony. Satu balcony depan, satu balcony tepi.
Ruang meja solek & almari, di sebelah kanan katil.
Shower, hot & cold! Satu yang aku tak suka ngan hotel ni adalah, tekanan air shower dia tak kuat! Tak kuat langsung.
Nak mandi, kene tadah air kat baldi, baru puas. Ini, memang buat mood spoiled! >.<



Overall cleanliness bathroom dia, memang okay. Another thing, flush tak berfungsi! OMGGG!
Rasa nak marah, mengamuk... tapi dengan RM200 per night, what can i expect? kan?
Nak mintak tukar bilik? Tak kuasa aku... kang dapat bilik yang viewnye tak cantik.  Nasib baikkk, aku ngan husband tak ada rasa nak buang air besar selama menginap kat hotel ni. Duh! >.<
Bathroom amenities? Very the basic. Nasib baikkk setiap kali aku travel, memang aku bawak segala bathroom amenities aku sendiri, puas pakai. 
Lepas check in, kitorang mandi & tidur sekejap. Aku, kalau boleh tak nak tidur dulu. Sebab, nak jalan pergi ladang teh. Tapi, husband aku penat. Makanya, kitorang take a nap jugaklah petang tu. Bangun-bangun je, hujannn renyai-renyai.

Rosak plan nak ke Ladang Teh petang tu. End up, kitorang pergi ke Night Market je in Brinchang cari makan sebab laparrr. Hujan-hujan plak tu.

Put on my happy face, and lets go eat!
Otw ke Brinchang dari Tanah rata, Jalan agak jammed. Ingatkan sebab ramai orang bercuti, rupanya sebab excident.
Mati-mati ingatkan tanah runtuh, rupanya bukan. Kereta Hilux, terbabas ke tebing dan menjunam ke bawah.
Nampak kereta tu? Aduhhhh, seram! Nasib baik tepi tu bukan gaung. Rasanya tak ada kemalangan jiwa, cuma mungkin driver tu mengalami kemalangan mental sekejap lepas kejadian ni. 
Hi guys! Good Evening... kitorang happy dapat dating di Cameron. "wink" XD
Hujan lebat ke, renyai ke, kitorang redah jugak. Feeling berdating kat tanah tinggi ni, lain macam wei rasanya. hahaha
Rasa macam dunia ni, ana yang punya. Kihkihkih


Husband, tengah usha-usha madu untuk dibeli. Aku memang tak makan madu. Tak reti. 
Jagung Mutiara. Jagung yang paling famous kat Cameron Highlands ni. Manis, sedap, enak dimakan panas-panas. Nak-nak lagi cuaca sejuk-sejuk macam ni. Perghhh, terbaik! ;D
Kat bawah ni semua, antara gambar-gambar pemandangan kat Brinchang night market. Macam-macam makanan ada kat sini. 

My man! I love you so much, sayang... <3 

Ada few videos yang aku nak share kat sini, but tak dapat upload plak. Dunno why, nanti aku usahakan untuk upload ye. 

All in all, lepas makan, dan lepak di pasar malam Brinchang... kitorang balik semula ke hotel. 
Rehat sambil tengok Running Man. Tido awal, dengan harapan esok pagi bila celik je mata ni, cuaca akan cerah dengan sinar mentari. Sebab aku nakkkk sangat pergi tengok ladang teh yang hijau nau nau tu! 

Tak sabarrrrr!! XD
So, Tunggu next entry yea. Banyak gambar menarik di Cameron Highlands yang aku nak share ngan korang semua. ;D 

Salam Sayang, 
Hope you guys enjoy reading this entry.
~Anis Ashikali~